Teksi juga merupakan salah satu sistem pengangkutan awam yang penting dalam bandaraya. Disebabkan pembangunan pesat dalam kawasan bandaraya, teksi telah memainkan peranan yang penting kepada mereka yang bergantung kepada pengangkutan awam.
Terdapat banyak perhentian teksi yang terletak di kawasan-kawasan strategik di Kuala Lumpur. Teksi dalam Kuala Lumpur dioperasikan oleh Pengendalian perkhidmatan teksi yang berlainan. Mereka menyediakan kemudahan untuk menempah teksi melalui talian telefon.