Pengendalian Perkhidmatan RANGKAIAN PENGANGKUTAN INTEGRASI DERAS (Rapid KL) No. 1, PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel : (603) 7650 7788 Faks : (603) 7625 6667 Laman : http://www.rapidkl.com.my
Perkhidmatan bas awam di Kuala Lumpur meliputi laluan yang luas dengan efisyen, walaupun langkah-langkah telah diambil untuk membaiki perkhidmatan dari masa ke semasa.
Perhentian dan stesen bas telah disediakan di lokasi yang strategik untuk menyediakan pelbagai pilihan kepada penumpang untuk berlepas. Bas yang beroperasi adalah dalam keadaan baik dan berhawa dingin.
Laluan bas khusus juga disediakan untuk kemudahan penumpang dengan perjalanan yang lancar. Laluan bas juga dihubungkan dengan stesen pengangkutan lain sepert Transit Rel Ringan (LRT), KTM komuter dan perhentian teksi.
Rapid KL mempunyai sebanyak 134 laluan di sekitar lembah klang, termasuk bas perantara yang berkhidmat di stesen-stesen LRT. Ia mempunyai 2 pusat bengkel dan 13 depot bas yang tertabur di sekitar lembah klang.
Rapid KL merancang untuk memperkenalkan lebih banyak laluan yang berfrekuensi 15 minit pada hari yang akan datang. Kini, terdapat 13 bas laluan berfrekuensi 15 minit yang terletak pada kawasan berpenduduk ramai.
Setiap hari, sistem bas mampu mengangkut lebih daripada 180,000 penumpang. Rapid KL juga sering menilai kesemua laluan basnya termasuk kawasan yang masih belum mempunyai pengangkutan awam.