Perkhidmatan rel telah menjadi faktor utama dalam pengangkutan awam di Kuala Lumpur sejak implementasi dua sistem Transit Rel Ringan (LRT).
Laluan Ampang dan laluan Sri Petaling (sebelum ini laluan STAR) serta Laluan Kelana Jaya (sebelum ini laluan PUTRA).
Bersama, sistem ini menyediakan perhubungan rel sepanjang 56km yang melalui 49 stesen.
Laluan Ampang dan laluan Sri Petaling (sebelum ini laluan STAR) merupakan sistem pengangkutan rel dengan pemandu yang beroperasi di laluan sepanjang 27km dan melalui 25 stesen.
Laluan Ampang dan laluan Sri Petaling meliputi kawasan dari timur Ampang sehingga ke pusat bandaraya dan dari sentul hingga ke kawasan selatan, Kompleks sukan negara di Bukit Jalil.
Laluan Kelana Jaya (sebelum ini laluan PUTRA) meliputi kawasan sepanjang 29km dari bahagian timur (Gombak) hingga ke bahagian barat (Petaling Jaya).
Setiap stesen daripada 24 stesen ini dijarakkan kira-kira 1.1km. Ia membawa penaiki rel keluar dan masuk ke pusat bandar. Perjalanan dari satu hujung ke hujung yang lain mengambil masa 45 minit,
menerusi kawasan yang berpenduduk banyak untuk membantu mengurangkan kesesakan lalulintas setiap pagi.
Sistem Transit Rel Ringan (LRT) menghubungan pusat bandaraya dengan kawasan lain dalam jarak 20km radius. Dengan kebanyakan dari 49 stesen yang terletak di kawasan berpopulasi tinggi,
LRT bukan sahaya menyediakan alternatif pengangkutan yang mudah tetapi juga berperanan dalam mengurangkan kenderaan yang digunakan di atas jalan. Sehubungan itu, kesesakan jalan boleh dikurangkan.
Pengendalian Perkhidmatan RANGKAIAN PENGANGKUTAN INTEGRASI DERAS No. 1, PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia