Express Rail Link Sdn Bhd Level 2, KL City Air Terminal, KL Sentral Station, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : 603-2267 8000 Faks : 03-2267 8910 Laman : http://www.kliaexpress.com
Projek ini menyediakan dua perkhidmatan transit, iaitu KLIA Ekspress dan KLIA Transit.
KLIA Ekspress menghubungkan Kualu Lumpur Sentral dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
yang terletak 57km dari Kuala Lumpur. Rel terus yang berkelajuan tinggi dengan frekuensi setiap 15 minit ini,
dilengkapi dengan perkhidmatan lapangan terbang yang unik iaitu sistem daftar masuk yang terletak dalam Kuala Lumpur Sentral,
yang dikenali sebagai Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur (KL CAT).
KLIA Transit merupakan rel kommuter yang berkelajuan tinggi dengan frekuensi setiap 30 minit.
Ia berhenti di tiga kawasan selatan utama iaitu, Bandar Tasek Selatan, Putrajaya(Cyberjaya) dan Salak Tinggi sebelum tiba di KLIA.
Perkhidmatan ini juga melalui zon Multimedia Super Corridor (MSC), menyediakan perkhidmatan kepada pusat multimedia Malaysia.